Biodata
Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh (P.Ramlee, Ramli puteh,Remy)
22 Mac 1929 ~ Dilahirkan
40A,Counter Hall Road, Pulau Pinang.
29 Mei 1973 ~ Meninggal Dunia (Umur 44tahun)
No.22,Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, Setapak,Kuala Lumpur.
Pusara Islam ,Jalan Ampang,Kuala Lumpur ~ Serangan Jantung
Penyanyi Pelakon Pengarah Filem Pemuzik Penulis Lagu
22 Mac 1929 ~ Dilahirkan
40A,Counter Hall Road, Pulau Pinang.
29 Mei 1973 ~ Meninggal Dunia (Umur 44tahun)
No.22,Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, Setapak,Kuala Lumpur.
Pusara Islam ,Jalan Ampang,Kuala Lumpur ~ Serangan Jantung
Penyanyi Pelakon Pengarah Filem Pemuzik Penulis Lagu
Perkahwinan Dan Keluarga
Beliau telah berkahwin sebanyak 3 kali. isteri petama beliau ialah Juanidah Daeng Harris pada tahun 1950 tetapi perkahwinan mereka menemui kegagalan pada tahun 1954.
Junaidah Daeng Harris
Perkahwinan kedua beliau adalah bersama bersama dengan Noorizan Mohd Nor 6 Februari 1955 yang merupakan seorang kerabat diraja yang sanggup meninggalkan kehidupan di istana demi cintanya itu.Walaubagaimanapun Noorizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi beliau lebih menupukan sepenuhnya pada kerjaya seni yang menyebabkan perkahwinan mereka berakhir pada tahun 1961.
Norizan Mohd Nor
Kali terakhir adalah dengan Saloma pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya.
Saloma
Wanita yang mencintai beliau mempunyai sebab-sebab yang berbeza.Isteri pertama beliau, junaidah mrncintainya ketika masih belum terkenal. Seterusnya, Noorizan pula mencintainya sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal . Walaubagaimanpun, Saloma mencintainya dengan seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seoarang biasa.Perkara ini yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sejati sejiwa beliau hingga ke akhir hayat beiau.
P.Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau bersama Junainah.Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak.Contonya, tolong kami bantu kami daripada filem tiga abdul dan pelakon kanak-kanak tambahan contohnya, Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam filem anak bapak.Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau.
1. Mohd nasir : anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)
2. Arfan : anak kandung bersama Junaidah ( 1954-1998)
3. Sazali : Anak angkat (lahir 1958)
4. Abdul Rahman : anak tiri (anak Junaidah)
5. Norma : anak tiri ( anak noorizan )
6. Amarli : anak tiri ( anak saloma bersama A.R Tompel )
7. Betty : anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : anak angkat ( lahir lahir 1963 )
9. Sabaruddin @ Badin : anak angkat ( 1966 - 2007 )
10. Safarina @ Dian : anak angkat ( keturunan cina )